Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani adalah salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka
dalam bidang matematik,disamping juga sebagai ahli astronomi. Nama
sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail. Nama
gelarannya ialah Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani Al-Hasib.
Al-Buzjani adalah namanya yang diambil dari nama tempat kelahirannya,
iaitu Al-Buzjan, iaitu sebuah desa kecil yang terletak di daerah
Khurasan di Iran, atau antara Nishapur dan Harrah. Manakala gelaran
Al-Hasib adalah gelaran umum yang diberikan kepada orang yang menekuni
bidang ilmu matematik.
Dalam kesusastraan Arab, namanya biasa disebut dengan nama-nama
berikut: Abu Al-Wafa’, Abu Al-Wafa’ bin Al-Abbas, Al-Buzjani, Abu
Al-Wafa’ Al-Buzjani.
Abu Al-Wafa’ dilahirkan di sebuah desa bernama Buzjan pada tahun 328H
(940 M). Tidak banyak rujukan sejarah yang menyebutkan secara lengkap
tentang sejarah pendidikannya.Namun yang jelas, ketika usianya masih
muda dia pernah mengunjungi Baghdad pada tahun 348 H (959 M).
Di situ, beliau belajar ilmu matematik dan ilmu astronomi. Beliau
kemudiannya mengajar dan menulis dalam bidang ini, disamping mengadakan
penelitian astronomi melalui teropong bintang milik pemerintah.
Al-Buzjani termasuk salah seorang ilmuwan muslim yang mengembang kan
penelitiannya untuk pertumbuhan ilmu hitung kalculus.Kerana itu, beliau
banyak memberikan tumpuan bagi kebangkitan industri yang ada pada masa
kita sekarang. Ini kerana gambar geometri dan kalculus dianggap sebagai
tumpuan dasar bagi pengembangan industri dan teknologi, dan sebagai cara
untuk mengukur berbagai bentuk dan ukuran yang sulit.
Kitab Al-Madkhal ila Al-Aritsmatiqi, membincangkan tentang arithmatik, iaitu sebahagian daripada cabang ilmu matematik.
Kitab Ma Yahtaju Ilaihi Amal Wa Al-Kitab Min Shina’ati Al-Hisab, secara ringkasnya dikenal dengan nama Al-Manazil Fil Hisab atau Kitab Al-Manazil. Buku ini ditulis oleh Al-Buzjani untuk digunakan oleh pegawai negeri.
Dalam buku itu juga, beliau menerangkan tentang kaedah ilmu hitung
India, seperti goresan pada pasir dan bagaimana menghapusnya.
Pada kenyataannya, ilmu hitung ini didasarkan pada cara hitung yang
disebut “hitungan Romawi dan Arab” menurut cara penyelesaian
penghitungannya. Kadang-kadang juga hanya dilakukan di dalam benak
seseorang, dan dalam keadaan tertentu ada langkah penyelesaian dengan
cara menghitung jari.
Inilah yang saat dikenal dengn nama “hitungan tangan,” “hitungan
akad,” dan “hitungan udara.” Kemudian untuk berinteraksi dengan bilangan
pecahan, hitungan tangan menggunakan ukuran enam puluhan atau pecahan
itu dirubah menjadi mata wang atau satuan ukuran.
Kitab Al-Manazil telah menjadi dasar dalam menghitung yang pada masa Al-Buzjani. Penamaan buku Al-Manazil
didasarkan pada keadaan aslinya, iaitu bahawa buku ini terbahagi
menjadi tujuh manzilah (tingkatan), dan masing-masing manzilah terbahagi
menjadi tujuh bab.
Keunggulan Al-Buzjani dalam ilmu astronomi dan matematik telah
membuat para astronom dan ahli matematik barat merasa kagum sekaligus
iri hati kepadanya. Bahkan kerana didorong perasaan ini, salah seorang
dari mereka mengaku apa yang ditemukan oleh Al-Buzjani sebagai
penemuannya sendiri. Misalnya, astronomi dari Denmark, Tycho Brahe
(1546-1601).
Beliau menulis tentang ketidaksempurnaan ketiga pada gerakan bulan, dan dia mengaku bahawa itu adalah pendapatnya sendiri.
Sebahagian sejarawan memang ada yang mengtakan bahawa ini adalah
penemuan Brahe. Bagaimanapun, sebahagian yang lain ada yang juga
membantah perkara itu. Masalah ini sempat menjadi perdebatan yang
panjang, hingga dapat diyakinkan pada masa sekarang bahawa penemuan
ketidaksempurnaan ketiga pada pergerakan bulan adalah Abu Al-Wafa’
Al-Buzjani, bukan Tycho Brahe.
Akhirnya para ilmuwan Barat mengembalikan penemuan hak Al-Buzjani
kepadanya. Beliau juga merupakan orang pertama kali memisahkan ilmu
hitung trigonometri dengan ilmu astronomi.
Abu Al-Wafa telah mencapai kedudukan yang paling tinggi dalam ilmu
matematik. Karya-karya atau tulisan Al-Buzjani memiliki banyak
keistimewaan dan segala karyanya dapat dimanafaatkan oleh semua orang.
Segala isi karyanya begitu lengkap dan tidak mungkin dapat dilakukan
oleh mereka yang bukan pakar atau ahli khusus dalam bidang tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar